THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, February 17, 2009

Kedudukan Solat dan Hukumnya


"Solat adalah wajib menurut Al Quran dan Sunnah dan Ijmak, ke atas setiap muslim yang baligh, berakal, KECUALI wanita yang haid ataupun nifas. berdasarkan firman Allah Taala dalam surah Bayyinah, ayat 5: Dan tidaklah diperintahkan (kepada kalian) agar beribadah kepada Allah dengan sepenuh keikhlasan dan baginya adalah agama yang lurus serta mendirikan solat dan menunaikan zakat. itulah agama yang benar-benar lurus. seterusnya dari surah an-Nisaa, ayat 103: Sesungguhnya solat telah ditetapkan ke atas orang-orang beriman pada waktunya. daripada nas dan dalil Sunnah: Hadis Muadz radhiallahuanhu ketika Nabi SAW mengutuskannya ke Yaman dan berpesan kepada beliau: Dan ajarkanlah kepada mereka bahawa Allah telah menetapkan/ mewajibkan ke atas mereka solat 5 waktu sehari semalam. Diriwayatkan Bukhari dalam bab zakat, no hadis 1331, Muslim dalam bab Iman no hadis 19, al-Tirmizi dalam bab zakat no hadis 625, an-Nasaie dalam bab zakat no hadis 2435, Abu Daud dalam bab sama no hadis 1584, Ibnu Majah bab Zakat no hadis 1783, Ahmad no hadis 1/233, dan Darimi bab zakat no hadis 1614. Dikeluarkan Bukhari dalam bab zakat, kewajipan zakat dengan no 1395, Muslim dalam bab Iman, bawah tajuk seruan kepada 2 kalimah syahadah, no hadis 150 Juga hadis daripada Ibnu Umar radhiallahuanhuma daripada Nabi SAW bahawa baginda menyebut: Islam terbina atas 5 perkara, kesaksian bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad itu adalah Rasul Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa di bulan ramadhan, menunaikan haji di Baitullah bagi sesiapa yang mampu. Diriwayatkan Bukhari dalam bab Iman no hadis 8, Muslim dalam bab sama no hadis 16, al-Tirmizi dalam bab Iman no hadis 2609, an-Nasaie dalam bab Iman no hadis 5001 dan Ahmad no hadis 2/93. Hadis disepakati oleh Bukhari dan Muslim, dalam Kitab Iman, bab D'oa kalian dan Iman kalian dengan no hadis 8, juga Muslim dalam Kitab Iman, bab penjelasan mengenai Rukun-rukun Islam, dengan no 16. Seterusnya hadis daripada Ubadah bin Samit radhiallahuanhu berkata, aku mendengar Rasulullah SAW menyebut: 5 solat yang telah ditetapkan Allah Taala ke atas para hamba, barangsiapa yang menunaikannya tanpa rasa sempit (merasa berat) dengannya satu apapun ataupun meringankan penunaian haknya (iaitu hak kewajipan solat), maka baginya adalah janji Allah untuk memasukkannya ke dalam Syurga. Diriwayatkan an-Nasaie dalam bab Solat no hadis 461, Abu Daud dalam bab sama no hadis 1420, Ibnu Majah dalam bab mendirikan solat dan sunnah dalamnya no hadis 1401, Ahmad no hadis 5/ 316, Malik dalam seruan kepada solat no hadis 270 dan Darimi dalam bab solat no hadis 1577. Juga dikeluarkan oleh Abu Daud dalam kitab Solat, bab tidak berwitir, no hadis 1420, disahihkan Al-Albani rahimahullah dalam Sahih Sunan Abu Daud, no hadis 1266 dan 186. IJMAK menyetujui bahawa kewajipan solat 5 waktu dalam sehari semalam.Rujuk buku Al-Mughni oleh Ibnu Qudamah, mukasurat 36. Solat tidak wajib ke atas wanita yang sedang dalam haid atau nifas berdasarkan sabda Nabi SAW, bukankah apabila datangnya haid (kalian) tidak menunaikan solat dan tidak berpuasa. Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dalam bab Haid dengan no hadis 298 dan Muslim dalam bab Iman no hadis 80. Bukhari dalam kitab Haid bab wanita haid meninggalkan puasa, no hadis 1114 daripada Abu Said dan Ibnu Umar radhiallahuanhuma. Larangan waktu solat: Daripada Abu Said al Khudri radhiallahuanhu berkata, aku mendengar Rasulullah SAW berkata: Tidak ada solat selepas subuh sehingga jatuhnya matahari, dan tiada solat selepas asar hingga terbenamnya matahari. Hadis disepakati Bukhari dan Muslim, lafaz hadis daripada Muslim pula, tiada solat selepas solat fajar. Dikeluarkan Bukhari dengan no 586, Muslim dengan no hadis 827, Ahmad pula no hadis 3/ 95 jatuhnya matahari, membawa maksud tergelincir matahari ketika masuknya waktu zuhur. kedudukan solat boleh diperhalusi melalui rangkuman nas-nas di bawah: kita tahu bahawa solat amat penting bahkan diletakkan sebagai tiang agama serta ibadah pertama yang dihisab pada hari Akhirat kelak. Jelas sekali kepentingan kedudukan ibadah ini ditonjolkan dalam sabda-sabda Nabi SAW Hadis Muadz radhiallahuanhu bahawa Nabi SAW berkata: Kemuncak perkara ialah Islam, dan tiangnya adalah solat. Hadis diriwayatkan Al-Tirmizi dalam kitab Iman, no hadis 2616, Ibnu Majah dalam kitab Fitan, no hadis 3973 dan Ahmad no hadis 5/ 231. Al-Tirmizi dalam Kitab Iman, bab apa yang menjadikan solat sebagai mulia, dengan no 2616, hadis ini adalah hadis hasan sahih, dikeluarkan oleh Ibnu Majah dan dihasankan oleh Al-Albani dalam Irwa' Ghalil, no hadis 2138 Daripada Anas bin Malik radhiallahuanhu daripada Nabi SAW berkata: Pertama sekali yang dikira ke atas seorang hamba pada hari kiamat ialah solat, jika baik maka baiklah seluruh amalannya, jika rosak maka rosak seluruh amalannya. Diriwayatkan Al-Tirmizi dalam kitab Solat, no hadis 413, an-Nasaie dalam bab sama, no hadis 465, Ibnu Majah dalam bab mendirikan solat dan sunnah dalamnya, no hadis 1425. bahkan antara pesanan/ wasiat terakhir Rasulullah SAW ke atas umatnya ialah solat berdasarkan penceritaan daripada Ummu Salamah radhiallahuanha bahawa beliau berkata: Apa yang menjadi pesanan akhir Rasulullah SAW(baginda menyebut), Solat! Solat.. Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Majah dalam Kitab Jenazah, no hadis 1625, Ahmad no hadis 6/315. Juga oleh Ahmad, no hadis 6290, 311, 321 dan disahihkan hadis tersebut Al-Albani dalam Irwa Ghalil, no hadis 7238 besarnya kedudukan solat dalam agama ini. Kisah Nabi Ismail A.S dirakamkan dalam Al Quran dalam surah Maryam ayat 54-55 menandakan pujian Allah terhadap orang-orang yang mendirikannya Dan (dia iaitu Nabi Ismail) menyuruhkan ahli keluarganya dengan (mendirikan) solat dan zakat serta dia disisi Tuhannya adalah yang diredhainya. Surah Al Mukminun sendiri merupakan satu pujian khusus tentang sifat orang mukmin, antaranya dalam bab mendirikan solat. Telah berjaya orang-orang mukmin itu, iaitu yang khusyuk dalam solatnya (Al-Mukminun: 1-2). seterusnya dalam surah Taha: ayat 132 Dan perintahkanlah ahli keluargamu dengan solat dan bersabar ke atasnya (iaitu bersabar dalam menunaikan solat). KAMI tidak memohon rezeki daripada kalian (iaitu manusia dan makhlukNYA) bahkan KAMIlah yang memberikan rezeki (buat kalian).. Menunaikan solat dengan sabar, begitu juga ibadah-ibadah lain. Ayat al Quran seterusnya ialah dalam surah Maryam: ayat 65 Dan bersabarlah dalam ibadahnya (iaitu dalam beribadah kepadaNYA) Solat dibandingkan dengan berkata benar seperti dalam firman Allah dalam surah al Qiyamah, ayat 31 Dan (mereka) tidak berkata benar mahupun bersolat bab Kelebihan solat: Mencegah dari kemungkaran dan kemaksiatan Ayat 45, surah Ankabut Sesungguhnya solat itu mencegah dari yang keji dan mungkar Sebaik-baik amal ibadah selepas 2 kalimah syahadah berdasarkan hadis Abdullah bin Mas'ud radhiallahuanhu berkata, Rasululullah SAW ditanya, apakah amalan paling baik? baginda menjawab: solat pada waktunya. Hadis diriwayatkan Bukhari dalam bab Waktu-waktu solat, no hadis 514, Muslim dalam Kitab Iman, no hadis 85, al-Tirmizi dalam bab Kebaikan dan perhubungan silaturrahim, no hadis 1898, an-Nasaie dalam bab Waktu-waktu Solat, no hadis 610, Ahmad no hadis 1/444 dan Darimi dalam kitab Solat no hadis 1225 Menyucikan dosa berdasarkan hadis daripada Jabir radhiallahuanhu berkata, Rasulullah SAW menyebut, perumpamaan solat 5 waktu itu seperti sebatang sungai yang mengalir di hadapan pintu kamu, kamu mandi dan menyucikan diri dengannya setiap hari sebanyak 5 kali hadis ini diriwayatkan Muslim dalam kitab Masjid dan tempat solat no hadis 668, Ahmad no hadis 3/ 317 dan Darimi dalam kitab solat, no hadis 1182.Muslim dalam bab berjalan ke arah tempat solat, memadamkan dosa dan meninggikan darjat dengan no 668 Solat memadamkan dosa (kecil) berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah radhiallahanhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: Solat 5 waktu, solat jumaat ke jumaat lain, (puasa) bulan ramadhan ke ramadhan seterusnya adalah penghapus dosa di antaranya selagi tidak melakukan dosa besar. Diriwayatkan Muslim dalam kitab Thaharah, no hadis 223, al-Timirzi dalam kitab no hadis 214, Ibnu Majah dalam kitab mendirikan solat dan sunnah dalamnya, no hadis 1086 dan Ahmad no hadis 2/ 400. Hadis yang biasa kita tahu dan dengar mengenai Qarun, Haman dan Firaun, ni takhrijnya kerana ia berkait dengan kepentingan solat yang menjadi 'cahaya' bagi seseorang Hadis dari Ibnu Umar, Nabi SAW bersabda, Barangsiapa yang menjaga terhadapnya (iaitu solat 5 waktu), maka ia menjadi cahaya ke atasnya (iaitu orang itu) juga menjadi petunjuk dan pembebasan pada hari Kiamat, manakala barangsiapa yang tidak menjaganya maka tiada cahaya baginya atau petunjuk atau pembebasan bahkan pada Hari Kiamat kelak diletakkan bersama Qarun, Haman, Firaun dan Ubay bin Khalaf. Diriwayatkan al-Tirmizi dalam kitab solat, no hadis 223 dan Abu Daud dalam bab sama no hadis 561. Al-Albani mensahihkannya dalam Mishkat Masabih kerana banyak jalur periwayatan, dengan no 1224. Solat meninggikan darjat dan memadamkan dosa Ini berdasarkan hadis daripada Thauban daripada Rasulullah SAW bahawa baginda bersabda: Untukmu, (hendaklah) membanyak sujud kerana tidaklah engkau bersujud semata-mata untuk Allah kecuali Allah mengangkatmu dengannya (iaitu sujud-sujud yang dilakukan) darjat dan memadamkan daripadamu dosa-dosamu. Hadis ini diriwayatkan Muslim dalam kitab Solat, no hadis 489, an-Nasaie dalam bab perlaksanaan, no hadis 1138 dan Abu Daud dalam kitab solat no hadis 1320. Dalam Sahih Muslim, ia diletakkan dalam Kitab Solat, bab keistimewaan sujud dan galakan terhadapnya, dengan no 488 -almarwah_madinah- "

0 ulasan: