
Firman ALLAH melalui RasulNya dalam hadis Qudsi yang bermaksud,
" Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua insan yang saling sayang-menyayangi kerana Ku, dua orang yang duduk bersama2 keranaKu, dua orang yang kunjung mengunjungi keranaKu dan dua orang yang tolong menolong keranaKu..."
Sabdanya lagi dalam Hadis Qudsi yang lain,
" Berfirman Allah pada hari Kiamat: mana dia orang2 yang bercinta-cintaan kerana KeagunganKu, hari inilah Aku akan menaungi mereka di bawah naunganKu.. iaitu hari yang tiada naungan selain naunganKu.."
Sabdanya lagi,
" Sesiapa yang ingin merasai nikmat kemanisan iman, hendaklah ia mencintai seseorang tiada melainkan kerana Allah semata2 "
Sabda junjungan besar Rasul lagi,
" Dan dua orang yang saling mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul dan berpisah semata2 kerana Allah.."
Apabila seseorang insan mencintai seorang insan muslim yang lain, bersahabat dan bermesra dengannya sedangkan orang yang dicintainya itu adalah seorang yang taat setia dan mencintai Allah yang Maha Agung, maka inilah yang dimaksudkan sebagai mencintai dan dicintai kerana Allah...
bercinta kerana Allah juga boleh disifatkan apabila seseorang mencintai insan lain kerana ia membantunya dalam selok belok agama dan memberikan tunjuk ajar dalam perjuangannya mendekatkan diri kepada Allah dan Rasulullah..
orang yang bersahabat dan mencintai muslim lain kerana orang itu membantunya dalam urusan keduniaan yang membawa kepada kebahagiaan dan kejayaan Akhirat, ini juga tergolong dalam erti kata saling mencintai semata2 kerana Allah.. kerana sesungguh nya dunia itu sebagai taman bercucuk tanam dan akhirat adalah dusun untuk memetik hasil tuaian.. apabila subur dan mekar tanaman, maka hasil yang akan dipetik dan dituai di akhirat kelak adalah yang terbaik dan penuh nikmat...
bercinta dan besahabat adalah berhukum harus apabila tujuan bercinta dan berkasih sayang adalah kerana dirinya berasa senang dan lapang hati apabila berkawan dengan orang itu atau pun orang itu boleh membantunya dalam urusan dunia yang membawanya dapat hidup bersenang lenang dalam kemewahan... ini ditafsirkan sebagai cinta tabi'i..
sesungguhnya, bercinta dengan alasan tujuan yang ikhlas murni membawa kita kepada kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat.. ganjaran pahala yang dijanjikanNya adalah besar dan akhirnya Syurga Firdausi menjadi singgahan terakhir kita... InsyaAllah.. .
Tuesday, February 24, 2009
MENCINTAI DAN DICINTAI KERANA ALLAH..
Dicatat oleh Ain di 2/24/2009 03:46:00 PM 0 ulasan
KERANA SEHELAI BULU MATA
Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang di adili. Dia dituduh bersalah kerana mensia2kan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit & bumi, sungguh tidak benar. Saya tak pernah melakukan perkara itu."
"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa ". Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? Disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."
Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu. ...." Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang," Disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu" Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"
Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu". Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap". Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"
Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu". "Nah kalau dibiarkan kesemua angota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Org tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahanam..
Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"
"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dlakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sbg saksi bhw dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."
Dgn kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga: "Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."
PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL..... WALAU SEBESAR MANA PUN KESILAPAN YANG DILAKUKAN APABILA ADA KESEDARAN DAN KEINSAFAN BERTAUBAT LAH DENGAN SEPENUH HATI MAKA ALLAH AKAN MEMBERI KEAMPUNAN PADA ORANG YANG BERTAUBAT.....
aku insan yang hina... tak sepi dr melakukan salah dan silap... moga taubat ku diterima NYA..... amin...
Dicatat oleh Ain di 2/24/2009 03:41:00 PM 0 ulasan
Sunday, February 22, 2009
Kenangan...
JOHAN NASYID 2008-SMK BUKIT JAMBUL PULAU PINANG
AL-MUHAJIR
di SM TEKNIK BALIK PULAU,PULAU PINANG
Wah...bangga...sonok...hehe..respect ar ampa suma..haha..tahniah..tahniah..!
Adik2 aku yang akan kekal sebagai ahli nasyid sekolah..truskan perjuangan abang2 anda..;p
thun nie...2009..kekalkan juara..insyaAllah..akak akn bgi sokongan kat ampa..
FIRDAUS,suara ang mmg x dapat ditandingi..haha..
pas nie sapa la bakal pengganti ang YER..;p
apa2 pun..SMK BUKIT JAMBUL is the BEST!
FULL OF MEMORY...
wassalam...
Dicatat oleh Ain di 2/22/2009 05:54:00 PM 0 ulasan
Tuesday, February 17, 2009
Kedudukan Solat dan Hukumnya

"Solat adalah wajib menurut Al Quran dan Sunnah dan Ijmak, ke atas setiap muslim yang baligh, berakal, KECUALI wanita yang haid ataupun nifas. berdasarkan firman Allah Taala dalam surah Bayyinah, ayat 5: Dan tidaklah diperintahkan (kepada kalian) agar beribadah kepada Allah dengan sepenuh keikhlasan dan baginya adalah agama yang lurus serta mendirikan solat dan menunaikan zakat. itulah agama yang benar-benar lurus. seterusnya dari surah an-Nisaa, ayat 103: Sesungguhnya solat telah ditetapkan ke atas orang-orang beriman pada waktunya. daripada nas dan dalil Sunnah: Hadis Muadz radhiallahuanhu ketika Nabi SAW mengutuskannya ke Yaman dan berpesan kepada beliau: Dan ajarkanlah kepada mereka bahawa Allah telah menetapkan/ mewajibkan ke atas mereka solat 5 waktu sehari semalam. Diriwayatkan Bukhari dalam bab zakat, no hadis 1331, Muslim dalam bab Iman no hadis 19, al-Tirmizi dalam bab zakat no hadis 625, an-Nasaie dalam bab zakat no hadis 2435, Abu Daud dalam bab sama no hadis 1584, Ibnu Majah bab Zakat no hadis 1783, Ahmad no hadis 1/233, dan Darimi bab zakat no hadis 1614. Dikeluarkan Bukhari dalam bab zakat, kewajipan zakat dengan no 1395, Muslim dalam bab Iman, bawah tajuk seruan kepada 2 kalimah syahadah, no hadis 150 Juga hadis daripada Ibnu Umar radhiallahuanhuma daripada Nabi SAW bahawa baginda menyebut: Islam terbina atas 5 perkara, kesaksian bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad itu adalah Rasul Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa di bulan ramadhan, menunaikan haji di Baitullah bagi sesiapa yang mampu. Diriwayatkan Bukhari dalam bab Iman no hadis 8, Muslim dalam bab sama no hadis 16, al-Tirmizi dalam bab Iman no hadis 2609, an-Nasaie dalam bab Iman no hadis 5001 dan Ahmad no hadis 2/93. Hadis disepakati oleh Bukhari dan Muslim, dalam Kitab Iman, bab D'oa kalian dan Iman kalian dengan no hadis 8, juga Muslim dalam Kitab Iman, bab penjelasan mengenai Rukun-rukun Islam, dengan no 16. Seterusnya hadis daripada Ubadah bin Samit radhiallahuanhu berkata, aku mendengar Rasulullah SAW menyebut: 5 solat yang telah ditetapkan Allah Taala ke atas para hamba, barangsiapa yang menunaikannya tanpa rasa sempit (merasa berat) dengannya satu apapun ataupun meringankan penunaian haknya (iaitu hak kewajipan solat), maka baginya adalah janji Allah untuk memasukkannya ke dalam Syurga. Diriwayatkan an-Nasaie dalam bab Solat no hadis 461, Abu Daud dalam bab sama no hadis 1420, Ibnu Majah dalam bab mendirikan solat dan sunnah dalamnya no hadis 1401, Ahmad no hadis 5/ 316, Malik dalam seruan kepada solat no hadis 270 dan Darimi dalam bab solat no hadis 1577. Juga dikeluarkan oleh Abu Daud dalam kitab Solat, bab tidak berwitir, no hadis 1420, disahihkan Al-Albani rahimahullah dalam Sahih Sunan Abu Daud, no hadis 1266 dan 186. IJMAK menyetujui bahawa kewajipan solat 5 waktu dalam sehari semalam.Rujuk buku Al-Mughni oleh Ibnu Qudamah, mukasurat 36. Solat tidak wajib ke atas wanita yang sedang dalam haid atau nifas berdasarkan sabda Nabi SAW, bukankah apabila datangnya haid (kalian) tidak menunaikan solat dan tidak berpuasa. Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dalam bab Haid dengan no hadis 298 dan Muslim dalam bab Iman no hadis 80. Bukhari dalam kitab Haid bab wanita haid meninggalkan puasa, no hadis 1114 daripada Abu Said dan Ibnu Umar radhiallahuanhuma. Larangan waktu solat: Daripada Abu Said al Khudri radhiallahuanhu berkata, aku mendengar Rasulullah SAW berkata: Tidak ada solat selepas subuh sehingga jatuhnya matahari, dan tiada solat selepas asar hingga terbenamnya matahari. Hadis disepakati Bukhari dan Muslim, lafaz hadis daripada Muslim pula, tiada solat selepas solat fajar. Dikeluarkan Bukhari dengan no 586, Muslim dengan no hadis 827, Ahmad pula no hadis 3/ 95 jatuhnya matahari, membawa maksud tergelincir matahari ketika masuknya waktu zuhur. kedudukan solat boleh diperhalusi melalui rangkuman nas-nas di bawah: kita tahu bahawa solat amat penting bahkan diletakkan sebagai tiang agama serta ibadah pertama yang dihisab pada hari Akhirat kelak. Jelas sekali kepentingan kedudukan ibadah ini ditonjolkan dalam sabda-sabda Nabi SAW Hadis Muadz radhiallahuanhu bahawa Nabi SAW berkata: Kemuncak perkara ialah Islam, dan tiangnya adalah solat. Hadis diriwayatkan Al-Tirmizi dalam kitab Iman, no hadis 2616, Ibnu Majah dalam kitab Fitan, no hadis 3973 dan Ahmad no hadis 5/ 231. Al-Tirmizi dalam Kitab Iman, bab apa yang menjadikan solat sebagai mulia, dengan no 2616, hadis ini adalah hadis hasan sahih, dikeluarkan oleh Ibnu Majah dan dihasankan oleh Al-Albani dalam Irwa' Ghalil, no hadis 2138 Daripada Anas bin Malik radhiallahuanhu daripada Nabi SAW berkata: Pertama sekali yang dikira ke atas seorang hamba pada hari kiamat ialah solat, jika baik maka baiklah seluruh amalannya, jika rosak maka rosak seluruh amalannya. Diriwayatkan Al-Tirmizi dalam kitab Solat, no hadis 413, an-Nasaie dalam bab sama, no hadis 465, Ibnu Majah dalam bab mendirikan solat dan sunnah dalamnya, no hadis 1425. bahkan antara pesanan/ wasiat terakhir Rasulullah SAW ke atas umatnya ialah solat berdasarkan penceritaan daripada Ummu Salamah radhiallahuanha bahawa beliau berkata: Apa yang menjadi pesanan akhir Rasulullah SAW(baginda menyebut), Solat! Solat.. Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Majah dalam Kitab Jenazah, no hadis 1625, Ahmad no hadis 6/315. Juga oleh Ahmad, no hadis 6290, 311, 321 dan disahihkan hadis tersebut Al-Albani dalam Irwa Ghalil, no hadis 7238 besarnya kedudukan solat dalam agama ini. Kisah Nabi Ismail A.S dirakamkan dalam Al Quran dalam surah Maryam ayat 54-55 menandakan pujian Allah terhadap orang-orang yang mendirikannya Dan (dia iaitu Nabi Ismail) menyuruhkan ahli keluarganya dengan (mendirikan) solat dan zakat serta dia disisi Tuhannya adalah yang diredhainya. Surah Al Mukminun sendiri merupakan satu pujian khusus tentang sifat orang mukmin, antaranya dalam bab mendirikan solat. Telah berjaya orang-orang mukmin itu, iaitu yang khusyuk dalam solatnya (Al-Mukminun: 1-2). seterusnya dalam surah Taha: ayat 132 Dan perintahkanlah ahli keluargamu dengan solat dan bersabar ke atasnya (iaitu bersabar dalam menunaikan solat). KAMI tidak memohon rezeki daripada kalian (iaitu manusia dan makhlukNYA) bahkan KAMIlah yang memberikan rezeki (buat kalian).. Menunaikan solat dengan sabar, begitu juga ibadah-ibadah lain. Ayat al Quran seterusnya ialah dalam surah Maryam: ayat 65 Dan bersabarlah dalam ibadahnya (iaitu dalam beribadah kepadaNYA) Solat dibandingkan dengan berkata benar seperti dalam firman Allah dalam surah al Qiyamah, ayat 31 Dan (mereka) tidak berkata benar mahupun bersolat bab Kelebihan solat: Mencegah dari kemungkaran dan kemaksiatan Ayat 45, surah Ankabut Sesungguhnya solat itu mencegah dari yang keji dan mungkar Sebaik-baik amal ibadah selepas 2 kalimah syahadah berdasarkan hadis Abdullah bin Mas'ud radhiallahuanhu berkata, Rasululullah SAW ditanya, apakah amalan paling baik? baginda menjawab: solat pada waktunya. Hadis diriwayatkan Bukhari dalam bab Waktu-waktu solat, no hadis 514, Muslim dalam Kitab Iman, no hadis 85, al-Tirmizi dalam bab Kebaikan dan perhubungan silaturrahim, no hadis 1898, an-Nasaie dalam bab Waktu-waktu Solat, no hadis 610, Ahmad no hadis 1/444 dan Darimi dalam kitab Solat no hadis 1225 Menyucikan dosa berdasarkan hadis daripada Jabir radhiallahuanhu berkata, Rasulullah SAW menyebut, perumpamaan solat 5 waktu itu seperti sebatang sungai yang mengalir di hadapan pintu kamu, kamu mandi dan menyucikan diri dengannya setiap hari sebanyak 5 kali hadis ini diriwayatkan Muslim dalam kitab Masjid dan tempat solat no hadis 668, Ahmad no hadis 3/ 317 dan Darimi dalam kitab solat, no hadis 1182.Muslim dalam bab berjalan ke arah tempat solat, memadamkan dosa dan meninggikan darjat dengan no 668 Solat memadamkan dosa (kecil) berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah radhiallahanhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: Solat 5 waktu, solat jumaat ke jumaat lain, (puasa) bulan ramadhan ke ramadhan seterusnya adalah penghapus dosa di antaranya selagi tidak melakukan dosa besar. Diriwayatkan Muslim dalam kitab Thaharah, no hadis 223, al-Timirzi dalam kitab no hadis 214, Ibnu Majah dalam kitab mendirikan solat dan sunnah dalamnya, no hadis 1086 dan Ahmad no hadis 2/ 400. Hadis yang biasa kita tahu dan dengar mengenai Qarun, Haman dan Firaun, ni takhrijnya kerana ia berkait dengan kepentingan solat yang menjadi 'cahaya' bagi seseorang Hadis dari Ibnu Umar, Nabi SAW bersabda, Barangsiapa yang menjaga terhadapnya (iaitu solat 5 waktu), maka ia menjadi cahaya ke atasnya (iaitu orang itu) juga menjadi petunjuk dan pembebasan pada hari Kiamat, manakala barangsiapa yang tidak menjaganya maka tiada cahaya baginya atau petunjuk atau pembebasan bahkan pada Hari Kiamat kelak diletakkan bersama Qarun, Haman, Firaun dan Ubay bin Khalaf. Diriwayatkan al-Tirmizi dalam kitab solat, no hadis 223 dan Abu Daud dalam bab sama no hadis 561. Al-Albani mensahihkannya dalam Mishkat Masabih kerana banyak jalur periwayatan, dengan no 1224. Solat meninggikan darjat dan memadamkan dosa Ini berdasarkan hadis daripada Thauban daripada Rasulullah SAW bahawa baginda bersabda: Untukmu, (hendaklah) membanyak sujud kerana tidaklah engkau bersujud semata-mata untuk Allah kecuali Allah mengangkatmu dengannya (iaitu sujud-sujud yang dilakukan) darjat dan memadamkan daripadamu dosa-dosamu. Hadis ini diriwayatkan Muslim dalam kitab Solat, no hadis 489, an-Nasaie dalam bab perlaksanaan, no hadis 1138 dan Abu Daud dalam kitab solat no hadis 1320. Dalam Sahih Muslim, ia diletakkan dalam Kitab Solat, bab keistimewaan sujud dan galakan terhadapnya, dengan no 488 -almarwah_madinah- "
Dicatat oleh Ain di 2/17/2009 07:40:00 PM 0 ulasan
Buah SYURGA
Tafsir al-Qurtubi
surah Tiin: ayat 1
Demi buah Tin dan Zaitun
Tafsir:
Ayat Makki berdasarkan pendapat ramai. Ibnu Abbas dan Qutadah pula mengatakan ia adalah ayat Madani dan ia mengandungi 8 ayat.
Ada 3 isu di sini, PERTAMA: firman Allah Taala, demi buah Tiin dan Zaitun. Ibnu Abbas, Hasan, Mujahid, Ikrimah, Ibrahim Nakhaie, Ata’ bin Abu Rabah, Jabir bin Zaid, Maqatil dan Kalbi mengatakan ia adalah buah tiin kalian yang kalian makan, dan buah zaitun yang terhasilnya darinya minyak (zaitun). Allah Taala berfirman; dan pohon mengeluarkan (buah tiin dan zaitun) daripada bumi Thursina yang tumbuh minyak dan warna bagi pemakannya (surah al-Mukminun:20). Nabi SAW telah mengajarkan tentang buah tiin dan bersabda; makanlah iaitu makan dengannya kemudian berkata lagi; jika aku mengatakan bahawa buah yang diturunkan dari syurga pastinya aku akan mengatakan yang ini (iaitu buah tiin) kerana buahan syurga tidak mempunyai biji, maka makanlah ia kerana ia membuang buasir dan manfaat (bagi merawat) sakit gout. Daripada Muaz, bahawa dia ditanya tentang memotong (dahan) zaitun, lalu berkata; aku mendengar dari Rasulullah SAW bersabda: Ya, siwak kayu zaitun! Ia adalah dari pohon yang penuh keberkatan, memperelokkan mulut, menanggalkan jangkitan, dan ia adalah siwak aku dan siwak para nabi sebelumku.
Allah telah bersumpah atas nama buah Tiin kerana ia merupakan penutup Nabi Adam ketika dalam syurga berdasarkan firmanNYA dalam surah al-A’raf: ayat 22 iaitu daun yang menutupi mereka ialah daun buah tiin. Dikatakan, Allah bersumpah dengannya bagi menjelaskan akan kehebatan nikmat (buah ini) yang terkandung di dalamnya kerana ia amat cantik untuk dilihat, baik isinya, menyebarkan bau yang menyenangkan pemikiran.
KETIGA, Ibnul Arabiy mengatakan: Untuk (menunjukkan) pemberian Yang Maha Berkuasa subhanahu (daripada apa yang mensyirikkanNYA), juga mengagungkan pemberian melalui buah tiin. Maka wajib dikeluarkan zakat darinya menurut pendapat terkuat.
Surah Tiin: ayat 3
Dan inilah negara yang aman makmur
Tafsir:
Iaitu Makkah, digelar aman kerana ia dalam keadaan aman sebagaimana firmanNYA dalam surah Ankabut: ayat 67, Bahawa kami jadikan ia mulia dan aman. Al-Farra dan selainnya mengatakan al-Amin di sini ialah keamanan. Dengan ini, dihujahkan bahawa yang dimaksudkan ialah buah tiin dari Damsyik (Syria) dan buah zaitun dari Baitul Maqdis. Dan Allah bersumpah dengan gunung Damsyik kerana ia merupakan tempat turunnya Nabi Isa AS (sebelum kiamat untuk membunuh Dajjal), juga gunung di Baitul Maqdis kerana ia merupakan makam para Nabi, serta dengan Makkah kerana ia merupakan tinggalan Nabi Ibrahim serta rumah Nabi Muhammad SAW.
Sumber:
http://www.55a.net/firas/arabic/index.php?page=show_det&id=231&select_page=7
Sesungguhnya Allah Taala telah bersumpah atas nama buah Tiin dan ini menunjukkan bahawa DIA tidak bersumpah melainkan atas sebab keagungan dan Allah bersumpah dengannya (iaitu buah Tiin) merupakan petunjuk hakiki terhadap kepentingan buah ini dan isyarat penting bahawa ia mempunyai faedah dan manfaat yang besar.
Buah Tiin diiktiraf sebagai buah dan jenis sayuran yang mempunyai banyak kandungan fiber/ serat. Kerana satu buah Tiin sahaja mengandungi 20% serat. Kajian selama 50 tahun sebelumnya menunjukkan bahawa serat yang terdapat dalam makanan ini memberi kesan amat baik dalam mengaktifkan proses organ penghadaman/ pencernaan.
Dalam beberapa kajian, ia membantu proses pemulihan/ mengurangkan risiko terkena beberapa jenis penyakit kanser. Dengan itu, buah Tiin diiktiraf kaya dengan kandungan serat yang amat diperlukan oleh badan manusia.
Buah Tiin baik kerana ia:
1. Melancarkan sistem penghadaman
2. Mengelak penyakit kanser kolon/ usus
3. Mengurangkan 20% kolesterol tidak baik dalam darah
4. Mengelak pemendapan kolesterol dalam darah yang menyebabkan penyakit tekanan darah tinggi dan strok
5.Mengawal paras gula dalam darah
Kelebihan buah Tiin, kandungan serat mudah larut dan tidak larut yang ada dalamnya mengelakkan unsur terbinanya risiko penyakit kanser. Dr Oliver Pasteur, Presiden Persatuan Mencegah Penyakit daripada Universiti George Washington, mengatakan tentang buah Tiin:
Ia adalah penting diletakkan dalam menu makanan harian kita, makanan yang kaya dengan serat iaitu melalui pemilihan kami terhadap buah Tiin atau makanan lain yang kaya dengan serat kerana ia mengurangkan kemudaratan agar kesihatan kita terpelihara sepanjang usia.
Rujukan: www.californiafigs.com/nutrition
Menyetujui kata-kata beliau ialah sekumpulan pengkaji daripada Pusat Perundingan California iaitu tentang Kajian Buah Tiin bahawa mengandungi enzim phenol yang memelihara kesihatan manusia daripada kemudaratan beberapa jenis penyakit. Seterusnya, kajian daripada Universiti Synchrotron mengatakan kandungan buah Tiin yang dikeringkan mengandungi banyak serat dalam jumlah yang tinggi juga enzim phenol yang bertindak sebagai agen pembersih yang membunuh bakteria dan mikroorganisma.
Rujukan: Dr Joe A.Vinson, The Functional Food Properties of Figs, Cereal Foods World, February 1999, volume 44.
Kandungan buah Tiin yang dikeringkan menurut kajian Universiti di New Jersey, bahawa ia mengandungi Omega-3, Omega-6 dan unsur phytosterol yang mengurangkan paras kolesterol dalam darah kerana ia tak terhasil dalam tubuh badan manusia. Ini termasuk asid lemak, yang menjaga jantung, otak dan organ penghadaman.
Unsur phytosterol menyingkirkan kolesterol daripada hasil makanan daging dengan keluar tanpa memberi apa-apa kesan kepada darah. Buah Tiin dianggap makanan paling lengkap dan terbaik yang dicadangkan oleh pakar perubatan sebagaimana cadangan daripada Pusat Perundingan dan Kajian Buah Tiin mengatakan ia adalah makanan lengkap menyerupai set makanan seimbang.
Buah Tiin mengandungi beberapa unsur kimia yang berfungsi melindungi sistem tubuh manusia. Ia juga sesuai bagi sesiapa yang ingin menurunkan berat badan mereka. Antara unsur-unsurnya ialah:
1. Lemak baik
2. Sodium
3. Serat yang tinggi
4. 40 gram Tiin= 244 mg potassium=7% keperluan harian tubuh badan
5. 1.2 zat besi=6% keperluan harian tubuh badan
6. 53g=kalsium=6% keperluan harian tubuh badan
Buah Tiin berada pada kedudukan kedua selepas buah oren. Buah Tiin yang dikeringkan mengandungi kalsium sebagaimana yang terdapat pada susu. Glukosa dalam buah Tiin mampu menyegar keletihan tubuh dan otak.
Jadual kandungan khasiat/ nutrient dalam buah Tiin:
Buah Tiin kering mengandungi (setiap 100 gram)
1. Fiber-10
2. Lemak baik-1
3. Protein-3
4. Glukosa-48
5. Vitamin A-10
6. Vitamin C-1.2
7. Vitamin B1-0.1
8. Vitamin B2-0.1
9. Vitamin B6-0.1
10. Sodium-10
11. Potassium-680
12. Kalsium-162
13. Fosforus-67
14. Magnesium-68
15. Besi-3.07
16. Salnium-0.6
17. Zink-0.5
Buah Tiin segar pula mengandungi (setiap 100 gram)
18. Fiber-3
19. Lemak baik-0
20. Protein-1
21. Glukosa-16
22. Vitamin A-142
23. Vitamin C-2
24. Vitamin B1-0.1
25. Vitamin B2-0.1
26. Vitamin B6-0.1
27. Sodium-1
28. Potassium-232
29. Kalsium-35
30. Fosforus-232
31. Magnesium-17
32. Besi-0.4
33. Salnium-0.2
34. Zink-0.2
"
Dicatat oleh Ain di 2/17/2009 07:37:00 PM 0 ulasan
Tempahkan Bilikku di NERAKA
"Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.
"Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah
di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"
Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas
cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.
"Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku, " katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis.
Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk.
Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan.
Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum-hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana
khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak
sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam
keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah
yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api.
Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah
kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut.
Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah?
Na'uzubillah,
sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik
kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun
sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek.
Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh
alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.
Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu?
Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.
Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam
negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu.
Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini.
Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita.
Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'
--
"
Dicatat oleh Ain di 2/17/2009 07:34:00 PM 0 ulasan
Dijodohkan Di Syurga

Bersumber dari Raja’ bin Umar An-Nakha’i, dia pernah bercerita: “Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-Nakha’ dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik. Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa sejak pertama melihat pemuda itu. Si pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya. Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya: “Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.” Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya, “Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.” Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata, “Selamanya aku belum pernah menemui seorang yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan orang adalah munafik.” Setelah berkata demikian, gadis itu lalu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya. Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu ketika dia bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya, “Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?” Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair:
Kasih... cinta yang terindah adalah mencintaimu, sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan. Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu burung syurga menjauh dan malaikat menutup pintu. Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?” Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair: Aku berada dalam kenikmatan dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat yang tidak mungkin binasa yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya, “Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!” “Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab gadis kekasihnya itu. Pemuda itu kembali berkata kepadanya, “Bila aku dapat melihatmu kembali?” “Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari,” jawab kekasihnya. Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih sayang-Nya kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga. "
Dicatat oleh Ain di 2/17/2009 07:28:00 PM 0 ulasan
